Isnin, 28 Mei 2012

mee , mee ,mee, dan mee....

meh , arini kte cuba resepi berasaskan mee...
walaupun simple.. yang pasti mengenyangkan...

pakat-pakat try la n0h.. ^_^




mee hailam




 Urmmmm, cdapnye....


masakan mee hailam ataupun mee berkuah.!



 SPECIAL PUNYER.....


Bahan-bahan ( 5 orang mkn )

  • 1 peket mee kuning, 5 biji bwg putih-kisar, satu sudu makan cili kering-kisar, sedikit udang, sedikit daging, sedikit ayam, sedikit sotong. Bahan sayuran, sawi pakchoy, cendawan bunape@shimeji atau apa2 saja asal cendawan, tomato. bahan kuah: kicap manis,
  • Klik di sini untuk isi bahan
  • 6 sudu makan sos tiram, 3 sudu makan tepung jagung + campur sedikit air masak. daun sup+bwg goreng, cili jeruk (wajib ada-utk dimakan bersama mee)

Cara-cara

  1. 1. Tumis bwg putih hingga naik bau, masukkan cili kering kisar. Biar garing. 2. Tambah air dan masukkan bahan spt ayam, daging, biar sampai lembut. 3.masukkan kicap dan sos tiram. 4 masukkan udang +sotong. pastu baru masukkan sayuran kecuali tomato.
  2. 5.bila kuah dah elok masak, masukkan mee kuning, dan tomato. 6. masukkan tepung jagung yg dibancuh air. Tutup api. Jgn masukkan garam atau letak sedikit saja sbb kuah dah masin. siap dan elok mkn panas sbb kuah cepat meresap dlm mee.



  j0m kite cuba resepi j0hor nie plak....


MEE REBUS JOHOR.


Bahan-bahan ( untuk 1 orang )

  • BAHAN-BAHAN  200gm mee kuning (di celur)  200gm daging (di rebus) untuk stock dan isinya untuk hiasan (di hiris nipis)  200gm keledek (di rebus)  20gm udang kering  10gm bawang merah (kisar halus)  10gm bawang putih (kisar halus)
  • KEREPOK RANGUP  1 senduk tepung gandum  1 senduk tepung jagung  Air  Sedikit garam  Minyak untuk menggoreng
  • HIASAN  10gm taugeh (di celur)  1 keping tauhu (di goreng)  1 biji telur rebus  1 tangkai cili merah/hijau  1 biji limau kasturi  Daun sup  Bawang goring

Cara-cara

  1. cara-cara 1. panaskan minyak…tumis bahan sekejap sahaja kemudian masukkan cili serbuk. 2. masukkan air daging serta keleded yang di lenyek halus. 3. masukkan air jika terlalu pekat. Tambahkan gula dan garam. Biarkan hingga pekat. 4. untuk membuat keropok rangup, satukan kedua tepung dengan sedikit garam, dibancuh air. Panaskan minyak, curankan di tepi kuali, biarkan garing baru angkat. 5. untuk menghidangkan mee, letakkan kuah, telur rebus, daun sup,daun bawang, tauhu goring, taugeh celur, cili merah dan bawang goring…..tambahkan keropok rangup dan limau kasturi di atasnya.




mee kari .

 dapat semangkuk , kenyang perut..

Bahan-bahan ( 4 -5 orang )

  • Sebungkus mi kuning, dicelur dan tos.
  • Isi ayam setengah mangkuk potong kecil
  • Isi kerang rebus setengah mangkuk
  • Setengah bungkus (besar) serbuk kari BABA's
  • Santan setengah pekat 5 cawan atau lebih ikut suka
  • Sebiji kentang (buang kulit) dan direbus hingga empuk
  • sedikit air asam jawa
  • tauhu cina yang siap goreng (yg mcm span tu) dipotong dua
  • fish ball dan fish cake dipotong2
  • UNTUK HIASAN DAN SAMPINGAN
  • Tauhu digoreng dengan garam dan kunyit, dipotong dadu
  • bawang goreng, cili potong, limau kasturi belah dua, sawi dan taugeh dicelur
  • jangan lupa garam dan ajinimoto jika suka
  • minyak masak untuk tumisan
  • Bahan tumisan:
  • 5 biji bawang putih, 5 biji bawang merah kecil, 2 inci halia ditumbuk lumat
  • 2 tangkai daun kari

Cara-cara

  1. Celurkan mi dalam air mendidih dan tos, asingkan.
  2. Untuk kuahnya: Sediakan periuk yang sederhana besar, panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang putih, bwg merah dan halia dan daun kari hingga wangi. Masukkan pes rempah kari. Tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan isi ayam yang sudah dibersihkan. Gaul dan biar seketika.
  4. Masukkan santan, air asam jawa, kacau sebati. Biarkan mendidih.
  5. Sementara menunggu kuah mendidih, kentang yang sudah rebus di tambah sedikit air panas dan dihancurkan hingga lumat. Masukkan ke dalam kuah yang sudah mendidih.
  6. Masukkan kerang, fish ball, fish cake, garam dan perasa dan biar sekejap. Akhir sekali masukkan tauhu goreng tadi.
  7. Hidangkan dengan tahu goreng, bawang goreng, sawi dan taugeh. Selamat mencuba!
  8. ***Anda juga boleh mengubah mana2 kandungan mengikut kesesuaian selera anda dan keluarga.



Mee Goreng Mamak .



 bukan kat kedai mamak jep de , bleh masak sndiri kat umah...


Bahan-bahan (4-5 orang)
500g mi kuning
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap
4 biji telur
1 mangkuk taugeh
Tauhu goreng
Garam
Minyak masak
Cara-cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, sos cili, serbuk kari, sos tiram dan kicap.
3. Masukkan mi kuning dan gaul hingga sekata.
4. Masukkan telur, biarkan telur masak sedikit dan kacau hingga sekata.
5. Masukkan tauhu goreng dan taugeh.
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Siap untuk dihidangkan. Lebih sedap kalau ada hirisan limau nipis/kasturi dan cili.

MEE JAWA
      















Resepi : Kak Hanieliza
Sumber : Yatie & Mas

Bahan : 
1 kg mee kuning - dicelur
1/2 kg. daging - rebus lembut dan hiris nipis
300 gm tauge - buangkan kakinya
2 tangkai daun bawang - dihiris
5 biji cili merah - dihiris
3 keping tauhu goreng - dihiris nipis
3 biji telur rebus - dibelah
3 biji limau nipis - dibelah
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah: 
1/2 kg keledek - direbus & dikisar
3 ulas bawang putih- dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
3 batang serai - dikisar
Sedikit halia - dikisar
sedikit lengkuas - dikisar
100 gm udang kering - dikisar
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kari daging
air rebusan daging
garam dan gula secukup rasa - Mas tambah 1 ketul kiub ayam
2kpg asam keping ~ ni K.Nor tambah

Cara memasak kuah :
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan keledek yang dikisar halus tadi. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan hingga kuah mendidih.
Masukkan mee yang dicelur dalam pinggan dan letakkan bahan2 sampingan dan kemudian tuang kuah atas mee tadi.

Yg bentuk star kurang menjadi sbb saiz telur kecik dari sepatutnya kut.. K.Nor guna telur saiz B (sbb yg pink tu biasanya guna saiz B,elok jer jadi tapi utk yg jenis star dan love shape tu mungkin perlukan telur saiz A kut..





mee rebus terengganu



Look Delicious, Taste Delicious sudah semestinya





Inilah Resepi Mee Rebus Terengganu/Resepi dari Ibu Eyriqazz

Ingredient : Lada Hitam ditumbuk halus, beberapa ulas bawang putih dicincang halus, Sayur-sayuran, mee kuning, ayam@udang atau apa yang berkenan di hati, dan garam

Cara-Caranya :
1)Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih. Bila dah naik bau, letakkan air 5 cawan.
2)masukkan Ayam, Sayur-sayuran dan apa saja yang terlintas di hati yang boleh dimakan.
3) Bila mendidih masukkan lada hitam yang telah ditumbuk (ikut kepedasaan, 2 sudu/3 suduker) dan sedikit garam
4) Masukkan mee kuning dan tunggu sehingga masak (korang sure lagi arif kan time masaknya)

Otherwise, bolehla mencuba dari Resepi ini dari Jurnal Resepi Bdaria



mee bandung , Muar.


    

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 peket mee kuning
  • 4-6 ekor udang basah
  • 50g udang kering ( blend )
  • 1/2 biji bwg besar
  • 3 ulas bwg putih
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 biji keledek (size kecil) - direbus dan dilenyek @ suku cawan kacang tanah goreng(dtumbuk) - klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering supaya kuah pekat.
  • 4 biji telur
  • sawi
  • bawang goreng
  • Hirisan cili merah
  • Air rebusan daging
  • Gula
  • Garam
  • hirisan daging
  • limau kasturi / limau nipis
  • tauhu goreng - hiris nipis

Cara-cara

  1. Celur mee kuning
  2. Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
  3. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,keledek lenyek/ kcg tanah, hirisan daging dan udang basah. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
  4. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi.
  5. Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng,tauhu, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan.
  6. Meebandung
     yang nih menggunakan kacang tanah blend utk memekatkan kuah.
  7. SeLaMaT MeNcUba!





2 ulasan:

Unknown berkata...

Wah nampak menarik semuanya n sedap rasa nak makan sekarang.

Unknown berkata...

Wah nampak menarik semuanya n sedap rasa nak makan sekarang.