Petua Dapur




Sebelum memasak telur ikan, basuh dan rendamkan di dalam air kapur selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan rebus seketika sebelum dimasak. Hasilnya telur ikan tidak mudah hancur.
Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih didalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.
Agar ayam goreng yang digoreng lebih rangup, gaulkan ayam dgn garam dan kunyit. Kemudian salutkan sedikit tepung sagu pada ayam tersebut dan kemudian goreng ayam seperti biasa. Cara ini juga menjadikan ayam goreng lebih enak.
Pernah sekali kami ter"kantoi" dalam cubaan utk membawa tempoyak ke luar negara. Kebetulan pegawai yg bertugas di kaunter check in memberitahu "lain kali puan bekukan dahulu tempoyak didalam peti ais sebelum memasukkannya ke dalam beg". Sejak dari itu setiap kali balik ke Malaysia, pasti ada stok tempoyak untuk dibawa pulang, akan tetapi hendaklah dipastikan masa tidak terlalu lama sebelum tiba ke kaunter check in. Kalau tidak tempoyak cair dan berbaulah semula.
Bagi mengelakkan beras berbau hapak dan rosak, masukkan segenggam atau secukupnya cili kering yang sudah dipanaskan di dalam kuali tanpa minyak ke dalam bekas simpanan beras. Tutup rapat.
Bagi menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan air tawar, ambil beberapa helai daun jambu batu. Gaul dan ramaskan daun tersebut bersama air dan gaulkan dgn ikan. Kemudian cuci ikan dengan air bersih.
Menggunakan kulit ubi kentang.Cara membuatnya, rebus kulit kentang dengan kerak itu dalam tempoh beberapa minit. setelah air itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya.
Dengan menaruh sedikit gula pasir ke dalam teko sebelum menyimpannya. Dengan cara yang sedemikian, teko tersebut akan berbau segar bila anda menggunakannya kembali.
Siang ikan dan buangkan isi perut dan insang. Tak perlu dicuci. Bungkus dalam kertas suratkhabar lama dan masuk ke dalam plastik. Simpan dalam peti dinginbeku.
Setelah disiang, rendamkan ikan dalam air dicampur limau nipis atau limau kasturi selama 30 minit. Bau hanyir akan hilang.
Untuk mengelakkan ikan atau ayam melekat di kuali,minyak hendaklah memenuhi ikan atau ayam.Minyak itu hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan ikan atau ayam. Renjis sedikit air, jika hilang bunyi berdesir, boleh masukkan ikan.
Apabila membasuh beras jangan dibuang airnya kerana boleh membasuh ikan. Kemudian siramkan ke atas pokok bunga. Pokok akan tumbuh subur.
Untuk mengelakkan tulang sebelum ikan dipotong, pegang bahagian ekor dan kepala ikan.Tarik arah bertentangan sehingga bunyi berderap.Cara ini memudahkan kita memakan isinya.
Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikopek awal tetapi jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk peti sejuk.
Telur hendaklah cukup direbus iaitu sekurang-kurangnya 30minit.Kemudian rendamkan dalam air paip sehingga sejuk. Kopeklah seperti biasa.
Untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah-buahan seperti epal atau pir, basuh buah itu dengan air garam dan bilas dengan air biasa.
Setelah menggunakan pisau, basuh dengan air bersih dan lapkan kering.Kemudian barulah disimpan.
Untuk merebus kacang hijau atau kacang dal memakan masa. Rendam kacang itu dengan air selama 3 jam sebelum direbus.Ia akan cepat kembang.
  

petua-petua.

Kupas Bawang
Untuk elakkan mata berair semasa kupas bawang, rendam bawang didalam bekas berair.

Memilih Ikan Segar

Pastikan mata yang jernih, tidak berbau, warna kulit yg bersinar, insang berwarna merah jambu, isi yang kejal.

Atasi Masakan Terlalu Masin
Masukan Ubi kentang yang dipotong dadu atau buah pisang mudah yang di hiris.

Menghilang Bau Hanyir Ikan Patin
Basuh denga air beras yang telah dicampur dengan asam jawa kemudian di bilas dengan air mengalir.

Memutihkan Nasi
Masukan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi.

Elak Pembiakan Kutu Beras

Letakkan cili kering di dalam bekas beras dan gaul.


Makanan Sihat Lagi Berkat
Sebelum mula memasak pasti niat yang iklas berserta doa yang baik-baik, kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup .



Tiada ulasan: