Isnin, 28 Mei 2012

KEK KEJU MANGGA


BAHAN A:

100 gm biskut marie (kisar).
150 gm mentega (cairkan).
(Campurksn kedua-dua bahan, mampatkan di dasar acuan kek)


BAHAN ISIAN:

250 gm krim keju
200 gm krim putar (pukul gebu)
5 sudu besar air
2 sudu besar gelatin
2 biji mangga madu (cincang dadu)
2 kuning telur
150 gm guls halus
100 gm susu segar


CARA MENYEDIAKAN:
  1. Putar krim keju hingga gebu, ketepikan.
  2. Campurkan kuning telur, gula halus dan susu segar, sebatikan melalui eknik "water bath".
  3. Cairkan gelatin melalui teknik "water bath", kemudian masukan gelatin ke dalam adunan kuning telur tadi.
  4. Tuangkan adunan ke dalam krim keju, kacau sebati.
  5. Gaulkan bersama krim putar, sebatikan.
  6. Tuangkan cincangan mangga di atas lapisan biskut marie tadi.
  7. kemudian tuangkan aduanan krim keju di atasnya.
  8. Sejukkan semalaman sebelum di potong.



KEK ANGGUR


BAHAN- BAHAN:

250 gm tepung vanila sponge campuran
80 ml air
4 biji telur gred B
Sedikit esen vanila
75 ml minyak jagung


BAHAN HIASAN:

Anggur merah
Anggur hijau
Krim putar


CARA MENYEDIAKAN:
  1. Campurkan aduanan kek sponge vanila dengan air, telur dan esen vanila.
  2. Putar denga kelajuan tinggi hingga adunan menjadi gebu.
  3. Masukkan minyak jagung, kacau secara kaup balik.
  4. Tuangkan dalam acuan, bakara sehingga masak.
  5. Setelah masak, putar gebu krim putar.
  6. Potong kek kepada dua lapisan, sapukan krim putar dan susun anggur hijau diatasnya.
  7. Salut keseluruhan kek dengan krim putar selebihnya.
  8. Susun anggur merah diatasnya dan hiaskan.



KEK MASAM-MASAM MANIS


BAHAN-BAHAN"

250 gm mentega
200 gm gula perang
3 biji telur
300 gm tepung gandum (ayak bersama soda bikarbonat)
1/2 sudu soda bikarbonat
1 sudu besar blask treackle
200 gm kepingan asam gambir (patah-patahkan)
50 gm buah-buahan campuran


CARA MENYEDIAKAN:

  1. Pukul mentega bersama gula perang hingga sebati
  2. Masukkan telur, pukul satu persatu hingga sebati
  3. Masukkan tepung yang telah digaul bersama buah-buahan campuran dan kepingan asam gambir
  4. Kacau seketika, masukkan black treackle.
  5. Putar seketika, tuang ke dalam acuan.
  6. Susun kepingan asam gambir di atas kek.
  7. Kukus selama 3 jam.




Tiada ulasan: