Ahad, 27 Mei 2012

Kuih Tradisional

Dodol
Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang manis. 
Dodol buatan Melaka amat terkenal dan ia dikatakan rumit untuk dibuat. 
Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. 
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa; tepung beras; gula pasir; gula melaka dan garam. Bahan yang senang didapati namun sukar dihasilkan.




lempeng kelapa



boleh dimakan bila-bila masa shaja..cubalah.....


lempeng kelapa atau juga dikenali sebagai lempeng nyiur 
sejenis makanan yang dibuat menggunakan kelapa di parut.
boleh dimakan macam itu sahaja atau dicicah gula atau smabal ikan bilis
atau kuah gulai.

slemang


mai rasa kuih dari terengganu.....


merupakan gula terurai yang dibebat dalam tepung.
rasa yang manis..

jala mas


sejenis hidangan tradisional melayu yang lemak manis
menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula sama seperti 
kuih mas sejemput tetapi cara dan rupa yang berbeza.
berbentuk jurai seperti mi halus.


bunga pundak


popular di negeri kelantan 

berbentuk titisan air dan berwarna kuning.
dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula

asam gumpal




hidangan yang lemak manis....

menggunakan sagu mata ikan dengan inti dimasak dalam kuah santan.
menggunakan sagu biji yang telah direbus dengan air yang dicampur dengan garam bagi membangkitkan rasa.
sagu yang telah dimasak akan diisi dengan inti dan digumpal sebesar satu gumpalan tangan
campuran gula merah, halia dan halba ditambah bagi menambah perisa




ketayap polkadot


Bahan A
1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur 
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan susu cair atau santan 
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna hijau ( gune warna kuning :)
  • 1 sudu besar majerin dicairkan 
  • sedikit minyak utk disapu pada kuali

Bahan B (Inti)
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 3/4 cawan gula merah
  • sedikit air 
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung pulut/jagung


Cara-cara :
  1. Untuk INTI: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
  2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  3. Untuk DADAR : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis. ( asingkan sedikit adunan, campur sikit tepung lg biar pekat, kacau sebati dan letak masing2 dgn kaler purple dan merah. ,masukkan ke dalam piping beg dan gunting kecil muncung beg)
  4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. kemudian cepat2 dot-dotkan atas adunan dengan kaler biru dan merah.
  5. Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. 
  6. Terus letakkan inti dan gulung. (Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang). Ulangi sehingga adunan tadi habis..

Tiada ulasan: