Isnin, 28 Mei 2012

aneka biskut :)

mama carrie.


   Dsc03533 <---- mama carrie yg telah d'make up , b'wrna-warni...

resepi


Bahan-bahan ( 60-75 biji )

  • 300gm mentega/marjerin
  • 375gm tepung gandum
  • 130gm tepung jagung
  • 100gm gula icing
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Utk hiasan
  • -1 biji putih telur
  • -100gm gula icing
  • -1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.
  2. Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang.
  3. Masukkan esen vanila.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
  5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart".
  6. Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan penyunkil gigi.
  7. Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.
  8. ***utk HIASAN***
  9. Pukul putih telut hingga gebu.
  10. Masukkan gula & tepung. kacau sebati.
  11. Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda.
  12. Sapukan putih telur keatas biskut
  13. Lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco.




biskut sarang semut 


 

Bahan-bahan ( 80-100 BIJI )

  • 200 gm gula halus
  • 200 gm planta/butter
  • 350 tepung kastad
  • 50 gm tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • coklat rice (untuk hiasan)
  • paper cup secukupnya

Cara-cara

  1. 1. Planta & gula dipukul hingga kembang.. 2. Masuk kan kuning telur..gaul hingga rata. 3.masuk tepung kastad..sedikit demi sedikit dan tepung gandum..uli hingga menjadi doh lembut. 4.parut doh dan masuk ke dalam paper cup.. 5. panaskan oven 180 selama 10 minit...dan bakar selama 10 minit sehingga masak..



BISKUT ANPANMAN

 

Bahan-bahan ( lebih kurang 100 biji )

  • 170g tepung gandum
  • 20g tepung kastad
  • 20g tepung jagung( cornstarch)
  • 20g almond powder
  • 130g butter
  • 60g gula aising
  • telur untuk sapu

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula aising sampai jadi bentuk krim
  2. Campur semua bahan-bahan kering. Kacau dengan pemukul telur biar dia bergaul sebati supaya senang nak ayak. Kemudian ayak.
  3. Masukkan bahan ayak ni ke dalam butter cream tadi. Uli biar jadi doh.
  4. Canaikan di atas papan canai setebal lebih kurang 1/2 cm. Teraplah dgn apa-apa acuan yg disukai.
  5. Sapukan permukaan cookie dgn telur.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 15~20 minit atau sehingga perang.



MARBLE SHORTBREAD



  

Bahan-bahan ( 1 loyang bercutter 10" x 10" )

  • Bahan (utk base biskut)
  • 150g tepung gandum
  • 50g gula kastor
  • 50g serbuk badam
  • 125g butter
  • 50g susu tepung
  • Bahan (utk hiasan)
  • 200g coklat masakan
  • 1 camb shortening
  • 75g coklat putih

Cara-cara

  1. Gaul kesemua bahan utk base biskut hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti).
  2. Loyang_cutter
     Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan adunan sehingga padat dan rata dlm acuan. Cucuk dgn garfu base tersebut.
  3. Tekan alat pemotong ke dalam adunan bakar pada suhu 180 selama 15 minit.
  4. Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong , biarkan sehingga biskut sejuk
  5. Cairkan coklat masak & shortening, tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
  6. Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak
  7. Tarik coklat putih dengan pencungkil gigi utk dijadikan corak batik.
  8. Masukkan semula alat pemotong ke dlm biskut. Sejukkan dlm fridge selama 10 minit atau sehingga coklat telah keras dgn cutter sekali .


cornflake madu


Bahan-bahan ( anggaran 120 biji )

  • cornflakes 325 gm
  • mentega 150 gm (stengah buku lebih sikit)
  • gula halus 1 cawan
  • 5 sudu makan madu / 1 botol kecil golden syrup (50 gm)
  • manik bewarna utk hiasan

Cara-cara

  1. masakkan mentega dan gula halus dengan api perlahan
  2. masukkan cornflakes dan madu/golden syrup
  3. kacau rata agar semua bahan² bercampur
  4. padamkan api dan ceduk sesudu, kemudian isikan dalam cup.
  5. taburkan manik bewarna utk hiasan.
  6. bakar dlm oven pd suhu 180 selama 10 minit atau sehingga betukar warna keemasan.
  7. tunggu sejuk baru disimpan di dlm bekas kedap udara.

Tiada ulasan: